‘Saya Sudah Tidak Tahan,Pengarah Sudah 50kali Ajak Main’!
March 9th, 20131 Comment
‘Saya Sudah Tidak Tahan,Pengarah Sudah 50kali Ajak Main’!- “Saya sudah tidak tahan. Baru setahun mengenali pengarah itu, dia sudah menunjukkan belangnya kerana lebih 50 kali mengajak saya melakukan hubunganseks.
“Kerana menolaknya, saya bukan saja dipukul dan ditampar malah diugut disebarkan fitnah kononnya menjalin hubungan dengan ramaiartis lain,” kata pelakon baru, Carmen Chew Richy, 22.
Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam dunia lakonan, tetapi terjerat ‘permainan’ seorang pengarah lelaki berusia 38 tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual.
Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan rakan.
“Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya,” katanya.
“Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya,” katanya.
Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan gangguan seksual apabila meraba anggota badannya.
“Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri,” katanya.
Oleh kerana tidak tahan sikap miang pengarah terbabit, Carmen beberapa kali menyatakan hasrat berhenti kerja namun dihalang lelaki itu sejurus diminta melakonkan sebuah video korporat dan dibayar RM1,000.

“Saya sedih menjadi mangsa keadaan. Bukan saja diajak lakukan seks, diraba dan dipukul, malah sepanjang setahun bekerja, saya dibayar hanya RM2,000,” katanya.sumber-http://www.hmetro.com.my
0 ulasan:
Catat Ulasan