3.30 PM 30 Mac 2013 Ops Daulat - Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu dan Semporna
| Sabtu, 30 Mac 2013
Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu dan Semporna - Anggota keselamatan negara meneruskan Ops Daulat hari ke-25 semalam (29 Mac 2013) dengan tiada sebarang pertempuran berlaku. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang berbanding 200 orang pada 12 Februari lepas, pada sidang akhbar semalam di Markas Operasi di Felda Sahabat 16. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan oleh pasukan keselamatan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 8.10 pagi, 30 Mac 2013. Statistik di bawah akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang hari ini.
Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada
Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 6 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada
Orang awam terkorban - 1 orang
Orang awam cedera - 2 orang
Orang awam ditawan - 8 orang (berjaya melepaskan diri)
Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 443 orang
Pengganas Sulu terbunuh - 68 orang (44 mayat dikeluarkan)
Pengganas Sulu cedera - 12 orang
Pengganas Sulu ditangkap - 121 orang
Pengganas Sulu ditangkap Filipina - 38 orang
Pengganas Sulu didakwa - 9 orang (termasuk Azzimudie Kiram)
0 ulasan:
Catat Ulasan