Dikuasakan oleh Blogger.

Jenis Tudung Dan Sifat Peribadi Penggunanya




Jenis Tudung Dan Sifat Peribadi Penggunanya

Jenis tudung:
a) Tudung Pashmina
b) Tudung Segi Empat
c) Tudung instant ( terus pakai )

Jika A adalah jawapan anda :
Anda suka menggunakan tudung pashmina ? wah ternyata anda seorang yang berani dan inovatif. Tidak ramai yang mengenakan pashmina kerana rata rata kurang yakin mereka tidak akan kelihatan cantik apabila memakai tudung jenis ini Jelas sekali anda seorang yang kuat motivasi , dan akan berusaha untuk mencapai impian.

Jika B adalah jawapan anda :
Ini dia si kreatif yang masih menjaga tradisi. Anda termasuk orang yang stabil dan konsisten dengan nilai yang anda pegang. Anda cukup kreatif di waktu-waktu yang sukar sekalipun. Anda juga merupakan seorang yang optimis dan tidak suka sesuatu yang berlebihan. Anda menyukai gaya klasik dan percaya diri dengan hal itu. Walaupun ada yang menganggap anda ketinggalan tetapi anda cukup bersedia menerima cabaran dalam hidup anda.

Jika C adalah jawapan anda :
Tudung terus pakai ( instant) memang praktikal seperti anda. Tidak suka basa-basi atau yang berbelit-belit menunjukkan anda matang, straight to the point. Anda termasuk orang yang rajin, masa anda banyak dihabiskan untuk hal-hal yang penting dalam hidup bahkan anda seorang yang multitasking. Anda tampil sederhana, namun mempunyai banyak kejutan yang istimewa.

Bagaimana, ladies? Sesuaikah dengan peribadi anda?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogroll